Tuesday 16 August 2011

Lapis Kukus Asam Manis


Bahan-bahan:

1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
1 cawan biskut marie
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
4 biji telur
Sedikit esen vanilla
Haw flake (bulat2 bentuknya-asam deduit)
Pewarna hijau dan merah

Caranya:

1. Putar mentega dan gula hingga kembang
2. Putar putih telur dan kuningnya secara berasingan
3. Masukan telur, susu, vanilla, biskut dan tepung. Gaul rata
4. Bahagikan dua bahagian atau 3 bahagian mengikut warna.
5. Ratakan bahagian bawah dlm loyang yg bergris/beralas kertas putih. Lapisakan haw flake kukus 5-10 minit
6. Ulangi adunan sehingga habis.

Coklat Moist Kukus



Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 cawan minyak jagung(kalau suka boleh guna butter)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair/susu segar
1 cawan serbuk koko (Van Hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
1 sudu kecil serbuk nescafe

Hiasan Kek:

1 bar coklat masakan
Coklat rice/almond atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek

Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2. Didalam periuk, masukkan serbuk koko, susu pekat, susus cair, serbuk nescafe, gula dan beberapa titik esen vanilla. Masak sambil dikacau sehingga sebati.
3. Didalam bekas lain, pukul telur bersama minyak jagung(atau mentega yang telah dicairkan dulu) sehingga sebati. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit. kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, masukkan sekali adunan yg dimasak. Kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Sapu acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan sedikit minyak atau butter, curahkan adunan di dalam acuan dan kukus selama 45 minit ke 1 jam.
5. Apabila masak, angkat dan sejukkan. Selepas itu barulah dihias mengikut citarasa sendiri.

Monday 8 August 2011

Kerutup ikan



Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung (boleh ganti ikan lain jika suka)

Bahan A:

15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1inci halia

Bahan bahan lain:

1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1/2 cawan santan pekat (boleh juga guna susu cair jika suka)
daun limau purut
asam jawa
gula
garam

miyak untuk menumis

Cara memasak:

1. Ikan disiang dan digaram kunyit kemudian digoreng. Angkat.
2. Kisar bahan A sehingga hancur. Panaskan minyak dan masukkan lengkuas dan serai. Bila naik bau (jangan sampai hangus nanti lengkuas tinggalkan rasa pahit dlm masakan) masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
3. Gaul asam jawa didalam santan dan masukkan kedalam tumisan. Masukkan daun limau purut, gula dan garam secukup rasa.
4. Masak sampai agak2 pekat. Masukkan ikan dan dikacau sebati. Sedia dihidangkan.

Saturday 6 August 2011

Ayam Percik Redynne



Bahan Utama:

1 ekor ayam (dipotong lapan dan rebus separuh masak)

Bahan-bahan A - perap/sos:

15 ulas bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
3 btg serai
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
15 tangkai cili kering
sedikit belacan 

Bahan lain:

santan pekat
sedikit air asam jawa
garam
gula merah
serbuk perasa

Cara memasak:

1. Kisar bahan A. Toskan ayam yg direbus separuh masak dan ambil sedikit bahan A untuk diperap bersama ayam lebih kurang 1-2 jam.
2. Tumis bahan A hingga naik baunya, masukkan santan dan biar sampai pecah minyak.Masukkan garam,gula dan perasa jika suka.
3. Bakar ayam yg telah diperap sama ada guna oven(suhu 165c selama 20 minit) atau dapur arang. Kemudian tuang sos diatas ayam yg telah siap dibakar.

Asam pedas daging tetel




Bahan Utama:

1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk empukkan daging(dipotong sederhana)

Bahan bahan A:

1 bawang besar
5- 6 bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam biji
1sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan kasar
1 sudu besar jintan halus
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar belacan
20-30 cili kering

 Bahan bahan lain:

4 batang serai - diketuk bagi hancur
2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
minyak untuk menumis, garam dan gula
6 helai daun limau purut
2 biji tomato - dibelah 6
2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya
1 sudu besar kerisik

Cara memasak:

1. Blend bahan A. Panaskan minyak sedikit....agak2 jgn byk sgt...nanti berminyak kuah dia. Tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi. Tumis smapai naik bau.
2. Bila dah pecah minyak...masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging....sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye....masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging betul2 dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi.
3. Bila  daging dah empuk, masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ....kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2...garam serta gula.....rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap utk dihidangkan.

Gulai nenas ikan kering


Bahan-bahan:

1 paket serbuk kari ikan
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering/ ikan sepat (untuk yg tak tahan dgn gatal ikan talang)
Santan
garam
bawang merah
bawang putih
daun kari
minyak untuk menumis

Cara memasak:

1. Ikan talang direndam.(kalau ikan sepat tak payah direndam)
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbuk kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dan putih dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.

Mee Bandung Muar Ori



Bahan-bahan A:

15 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
½ labu bawang putih 
8 biji bawang merah
½ cawan udang kering (direndam)
2-3 biji buah keras

Bahan-bahan mentah:

½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dihiris nipis)

3 - 4 cawan air rebusan daging
Sawi
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
¾ - 1 cawan gula pasir

Minyak untuk menumis

Cara membuat rencah:

1. Blend bahan bahan A.
2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan A dan masukkan garam & gula. Kacau sehingga kering.

NOTE: Jika disimpan didalam peti sejuk, rencah boleh tahan sehingga lebih kurang 1-2 minggu.


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Panaskan air rebusan daging dan masukkan sedikit rencah. Pecahkan sebiji telur, masak sehingga separuh keras.Masukkan hirisan daging dan udang.
2. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
3. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & bawang goreng jika suka.
4. Hidangkan.

NOTE: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Asam Pedas Johor



Bahan-bahan:

1 ekor ikan mayong/duri/sembilang/pari/patin - dicuci dengan asam & garam untuk menghilangkan hanyir
7/8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit belacan(jika suka)
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan
7-8 sudu besar lada kering yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
air asam jawa
6-7 biji lada hitam (jika suka)
segenggam daun kesum
garam secukup rasa
gula sedikit

Bendi & Tomato (jika suka)

Cara memasak:

1. Kunyit hidup, halia dan bawang putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas tumiskan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.
5. Masukkan cili yang telah diblander
6. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing dan pecah minyak atau naik bau.
7. Setelah garing masukkan lada hitam yg ditumbuk (jika suka) & ikan. Kecilkan api. Kacau sedikit bahan tumis & ikan supaya tak hangus. Bila air ikan sedikit kering, masukkan air asam jawa. Tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
8. Biarkan mendidih & masukkan daun kesum...masukkan garam dan gula mengikut rasa. Masukkan bendi & tomato. Biarkan didih sebentar & angkat.

Black Pepper Steak



Bahan-bahan:

1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:

1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.

Tips:
Stik ini enak dimakan bersama french fries & Mashed Potato.

Ayam Golek



Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam
2 keping asam gelugur
3 cawan santan
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Satukan bawang merah, halia, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.

Mee Rebus



Bahan-bahan:

1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:

50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua


Bahan-bahan kuah:

Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
daging (di rebus & dihiris)
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
kacang tanah (disangai dan tumbuk halus)
2 sudu  tauchu
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan juga kacang tanah & tauchu. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan daging, udang dan air rebusan daging sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan

Nasi Ayam Hakka


Bahan-bahan:

1 ekor ayam segar
Kicap cair
Minyak Bijian
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih


Cara memasak:

1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Tuang kicap cair & minyak bijan semasa ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

Tom Yam



Bahan-bahan:

Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak

Bahan A:

3 inci halia
6 ulas bawang merah
20 biji cili padi

Bahan-bahan lain:

Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk.
4. Air ditambah, hanya utk mengempukkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya)
8. Masukkan tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau. Seimbangkan rasa masin dan masam.

Ikan Pari Stim



Bahan A:

1 bahagian ikan pari yang telah di potong (ikan lain juga boleh) - dicuci bersih dan dimasukkan kedalam aluminum foil berbentuk sampan.

Bahan B:

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

Bahan C:

10 biji limau kasturi

Cara memasak:

Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit.

Nehari Kambing



Bahan-bahan:

1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

Ketam Bertelur



Bahan-bahan:

2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar

Cara memasak:

1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. Masukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.

Pajeri Nenas Kuning



Bahan-bahan:

Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah - dimayang
2 biji bawang putih - dihiris
Biji sawi
gula
cuka
garam secukup rasa
Lada merah & hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:

1. Tumiskan rempah tumis tadi, masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, cuka, gula dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukkan lada dan biji sawi. Kacau rata & sedia utk dihidangkan.

Ikan Kerapu Masak Asam Manis



Bahan-bahan A:

1 ekor ikan kerapu
sedikit tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sos:

5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Gaulkan bahan-bahan A dengan ikan dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Taburkan hiasan ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan:

Bawang besar, cili merah, green pepper, nanas dan timun.

Ayam Bermadu



Bahan-bahan:

1 ekor ayam (direbus & toskan)

1 inci halia
5 ulas bawang putih
2 senduk besar madu
1 senduk besar kicap pekat
sedikit cuka

Cara memasak:

1. Kisar bawang putih & halia. Masukkan kedalam mangkuk. Masukkan madu, kicap pekat, sedikit cuka dan kacau sebati.
2. Lumur ayam yang telah direbus bersama bancuhan tadi hingga rata. Perapkan lebih kurang 1-2jam. Selepas itu bolehlah digoreng, panggang atau bakar.


Sambal cuka:

10 biji lada merah (dibelah & buang bijinya)
3 ulas bawang putih
cuka
gula
garam

Cara membuat:

1. Kisar semua bahan.
2. Masak atas api kecil sehingga pekat. Adjustkan rasa mengikut citarasa sendiri.


Ikan Siakap Kukus



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

Udang Masak Serai Wangi



Bahan-bahan:

600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Kisar halus serai, belacan bakar, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.