Wednesday 12 October 2011

Coklat Cheese Moist Kukus






Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 cawan minyak jagung(kalau suka boleh guna butter)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair/susu segar
1 cawan serbuk koko (Van Hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
1 sudu kecil serbuk nescafe

Bahan untuk lapisan cheese
250g Cream Cheese
60g gula kastor
1 biji telur Gred A
25ml air

Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2. Didalam periuk, masukkan serbuk koko, susu pekat, susus cair, serbuk nescafe, gula dan beberapa titik esen vanilla. Masak sambil dikacau sehingga sebati.
3. Didalam bekas lain, pukul telur bersama minyak jagung(atau mentega yang telah dicairkan dulu) sehingga sebati. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit. kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, masukkan sekali adunan yg dimasak. kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Sapu acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan sedikit minyak atau butter,
5. Untuk lapisan cheese, campur semua bahan2 diatas kecuali telur. Pukul sampai kembang.Bila kembang, baru masukkan telur.
6. Letakkan separuh dari adunan kek coklat tu dlm loyang. Tutup loyang tu dgn kain/Aluminium foil (takut air dari pengukus tu menitik)
7. Kukus ~ 20 min.
8. Masukkan lapisan cheese tu, kukus lagi 15 min.
9. Lepas tu, masukkan lagi baki adunan kek coklat. Kukus lagi 15 min.
10. Apabila masak, angkat dan sejukkan. Selepas itu barulah dihias mengikut citarasa sendiri.

No comments: