Friday 9 December 2011

Japanese Cheesecake/Kek Keju Jepun




Bahan-bahan:

5 keping cheddar cheese
200ml susu segar (ganti dengan susu cair)
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
70gm butter

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.*
2. asingkan telur putih dan kuning. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur kuning hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).
3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.
4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat (atau boleh juga sapukan sedikit mentega & taburkan tepung). tuang adunan kedalam acuan.
5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

Perhatian*

* Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

* Ku blend je semua yang bertanda * ni termasuk kuning telur & tepung yang telah diayak dengan baking powder (1 sudu kecil). Tapi kalau tak yakin, jangan cuba caraku ini.

* Untuk mengelakkan kek mengecut tiba-tiba, biarkan ia berada dalam oven selepas masak untuk seketika (dalam 20 minit). Biarkan pintu oven terbuka sedikit. Kek ini akan masak sekiranya ia lekang dari loyang.

* Kek ni pun tricky di bahagian meringue dia. Kalau tak jadi kat meringue tu, kek takkan gebu.

No comments: