Friday, 23 December 2011

Kek Batik



Bahan bahan:

500 gm marjerin
1 sudu besar gula
525 gm susu pekat (1 stgh tin)
5 biji telur (dipukul hingga kembang)
400 gm milo (boleh didapati dlm 1 paket kecil)
2 sudu besar serbuk koko
1 kilo biskut marie (yg biasa bkn coklat tau) dipatahkan dengan tangan menjadi dua setiap keping

Cara-cara

1. Cairkan marjerin dan gula. Kacau seketika sehingga sebati.
2. Masukkan susu pekat. Kacau lagi sehingga sebati.
3. Masukkan telur. Kena kacau sampai sebati jugak lagi..
4. Masukkan milo kemudian koko. ( Jangan masak terlalu lama atas api, takut hangus pulak)
5. Agak2 pekat masukkan biskut marie dan gaulkan sehingga sebati.
6. Masukkan ke dalam bekas loyang dan ratakan ke serata loyang. Jangan terlalu tebal nanti susah nak potong.
7. Sejukkan di dalam fridge sbb lau letak di luar coklat mudah cair.
8. Setelah sejuk, potong dan sedia untuk dihidangkan sebagai dessert ataupun minum petang.

No comments: