Wednesday 18 January 2012

Puding Roti Coklat


Bahan-bahan:

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair
2 biji telur
serbuk koko/coklat masakan - dicairkan dengan kaedah double boil
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara:

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan pukul hingga sekata.
 2. Masukkan susu cair dan coklat. Kacau adunan hingga sekata.
3. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
4. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
5. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga roti menyerap adunan.
6. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
7. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

* Boleh ditabur kekacang atau dihidangkan bersama vanilla ice cream.

No comments: