Bahan-bahan:
1/2 ltr. minyak masak
1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
300 g bawang putih* - dihiris
300 g halia *- dihiris sprti btg mancis
1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam
3 sb garam
1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
1 cwn kerisik
6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.
2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu.
3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.
4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.
5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati.
6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.
No comments:
Post a Comment