Bahan Utama:
1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk empukkan daging(dipotong sederhana)
Bahan bahan A:
1 bawang besar
5- 6 bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam biji
1sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan kasar
1 sudu besar jintan halus
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar belacan
20-30 cili kering
Bahan bahan lain:
4 batang serai - diketuk bagi hancur
2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
minyak untuk menumis, garam dan gula
6 helai daun limau purut
2 biji tomato - dibelah 6
2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya
1 sudu besar kerisik
Cara memasak:
1. Blend bahan A. Panaskan minyak sedikit....agak2 jgn byk sgt...nanti berminyak kuah dia. Tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi. Tumis smapai naik bau.
2. Bila dah pecah minyak...masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging....sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye....masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging betul2 dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi.
3. Bila daging dah empuk, masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ....kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2...garam serta gula.....rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment