Wednesday, 2 November 2011

Ayam Masak Merah


Bahan2:
1 ekor ayam (dipotong 16 & bersihkan)
20 tangkai lada kering
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
1 tin kecil tomato puree
sedikit cili & tomato sos
santan ( boleh ditukar susu cair jika suka)
garam & gula
minyak untuk menumis

1 labu bawang besar, 1 biji lobak merah & kacang peas untuk hiasan.

Cara2:


1. Ayam dilumur dgn serbuk kunyit & garam. Goreng tapi jgn terlalu garing.
2. Cili kering dibuang biji. Blender bersama bawang kecil, bawang putih & halia.
3. Panaskan minyak. Tumis serai & lengkuas, masukkn bahan blender. Tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan tomato puree, santan, garam, gula, bawang besar yang dimayang besar2 dan lobak merah yg dipotong kecil2.
5. Tumis sampai sedikit kering. Masukkn ayam, tambah sedikit air & kacau sampai agak2 kering.
6. Masukkan kacang peas. Siap dihidangkan.

Nasi Minyak



Bahan2:


3 cawan beras (dicuci bersih & toskan)
minyak sapi (boleh guna butter jika suka)
1 inci halia (blender)
5 ulas bawang putih (blender)
10 biji bawang merah (blender)
rempah tumis
2 cawan susu cair
1 biji limau nipis (diperah)
garam
air

kismis, biji gajus & bawang goreng utk hiasan

Cara2:

1. Panaskan minyak sapi/butter.
2. Tumis rempah tumis, masukkn bahan yang diblender tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan beras, susu cair, garam, limau nipis dan tambah sedikit air (agak agak)
3. Apabila mendidih, masukkan gajus. Bila nasi hampir kering, kacau dengan garfu supaya nasi lebih berderai.Masukkan kismis. Boleh juga masukkn sedikit pewarna jika suka.
4. Perlahankan api sampai nasi kering. Hias bersama bawang goreng.

Kek Apple



Bahan2:

1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C