Wednesday, 2 November 2011

Nasi Minyak



Bahan2:


3 cawan beras (dicuci bersih & toskan)
minyak sapi (boleh guna butter jika suka)
1 inci halia (blender)
5 ulas bawang putih (blender)
10 biji bawang merah (blender)
rempah tumis
2 cawan susu cair
1 biji limau nipis (diperah)
garam
air

kismis, biji gajus & bawang goreng utk hiasan

Cara2:

1. Panaskan minyak sapi/butter.
2. Tumis rempah tumis, masukkn bahan yang diblender tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan beras, susu cair, garam, limau nipis dan tambah sedikit air (agak agak)
3. Apabila mendidih, masukkan gajus. Bila nasi hampir kering, kacau dengan garfu supaya nasi lebih berderai.Masukkan kismis. Boleh juga masukkn sedikit pewarna jika suka.
4. Perlahankan api sampai nasi kering. Hias bersama bawang goreng.

No comments: