Thursday 12 January 2012

Ayam Penyet


Bahan A:


1 ekor ayam tua (dipotong 8)
4 batang serai*
4- 6 ulas bawang putih*
2" halia*
2" lengkuas*
2" kunyit hidup*
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

Cara cara:

1. Ayam diperap 4 jam bersama bahan kisar.
2. Rebus ayam yang telah diperap sehingga empuk.
3. Goreng ayam yang direbus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Bahan B:


1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

Cara cara:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:

1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.

*Hidang bersama nasi panas, tempe goreng, tomato, timun, kacang panjang, kobis & sambal.

No comments: