Friday, 20 January 2012

Kuih Seri Muka



Bahan-bahan: ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-

500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-

120gm tepung gandum
 3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara:

Untuk lapisan bawah:-
1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN:
kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong & cantik dihidangkan.

Wednesday, 18 January 2012

Puding Roti Coklat


Bahan-bahan:

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair
2 biji telur
serbuk koko/coklat masakan - dicairkan dengan kaedah double boil
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara:

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan pukul hingga sekata.
 2. Masukkan susu cair dan coklat. Kacau adunan hingga sekata.
3. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
4. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
5. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga roti menyerap adunan.
6. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
7. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

* Boleh ditabur kekacang atau dihidangkan bersama vanilla ice cream.

Monday, 16 January 2012

Acar Buah



Bahan-bahan:

1/2 ltr. minyak masak
1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
300 g bawang putih* - dihiris
300 g halia *- dihiris sprti btg mancis
1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam
3 sb garam
1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
1 cwn kerisik
6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.
2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu.
3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.
4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.
5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati.
6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.

Thursday, 12 January 2012

Ayam Penyet


Bahan A:


1 ekor ayam tua (dipotong 8)
4 batang serai*
4- 6 ulas bawang putih*
2" halia*
2" lengkuas*
2" kunyit hidup*
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

Cara cara:

1. Ayam diperap 4 jam bersama bahan kisar.
2. Rebus ayam yang telah diperap sehingga empuk.
3. Goreng ayam yang direbus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Bahan B:


1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

Cara cara:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:

1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.

*Hidang bersama nasi panas, tempe goreng, tomato, timun, kacang panjang, kobis & sambal.

Sate Goreng & Kuah Kacang




Bahan bahan:

1 kilo daging/ayam - dicuci & potong kecil.
gula pasir
gula merah
madu
garam

Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus:
 
3 sb ketumbar biji - sangan
2 sk jintan halus - sangan
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup

Cara-cara:

1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging/ayam bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

Kuah Kacang

Bahan bahan:

kacang tanah - sangan dan kisar kasar
gula pasir
gula merah
asam jawa
1 sk garam
2 biji buah keras*
1 sb ketumbar biji - sangar*
1 sk jintan kasar - sangar *
1 sk jintan halus - sangar *
2 inch lengkuas *
2 inch halia muda *
1 inch kunyit hidup *
20 tangkai cili kering *
7 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
7 batang serai - hiris *
udang kering *
minyak masak

Cara-cara:

1. Satukan gula merah dan asam jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
2. Kisar halus bahan2 bertanda *
3. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garam dan kacau rata.
4. Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya.

Wednesday, 11 January 2012

Nasi Briyani Ayam


Bahan bahan:

500g Beras Basmathi ~ direndam air 40 minit
400ml Stok Ayam
200ml Susu Sejat
1\2 ekor ayam ~ dibersihkan
2 sudu besar Rempah Briyani
60g minyak Sapi
60ml minyak New Vida
Sedikit Daun Pisang
Garam secukup rasa
2 Biji Tomato ~ dicincang
2 Sudu kecil Koma-Koma atau Zafron ~ direndam
2 sudu besar air panas
60 ml Air Mawar
1\2 cawan Kismis Campuran
1\2 cawan Badam ~ dipanggang

Bahan Tumis:

5 Cengkih
6 Buah Pelaga
4 Bunga Lawang
2 Kulit Kayu Manis
2 labu Bawang Besar ~ dihiris
5 ulas Bawang Berah ~ dihiris
4 ulas Bawang Putih ~ dihiris
4cm Halia ~ dititik
2 Batang Serai ~ dititik
4 Daun Pandan ~ disiat & disimpul

Bahan Perapan Ayam:

1 cawan Bawang Goreng
1\2 cawan Dadih Asli
1\2 biji Lemon ~ diambil kulit dan jusnya
Sedikit Daun Ketumbar
Segengam kecil Daun Pudina
Bawang putih ~ ambil sedikit dari bahan tumis
Halia ~ ambil sedikit dari bahan tumis
Sedikit lada hitam

Bahan Ayam:

1. Masukan dadih asli, rempah briyani, bawang goreng, bawang putih, halia, dan daun ketumbar, garam serta parutan lemon ke dalam pengisar makanan.
2. Kisar hingga sebati.
3. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
4. Ratakan ayam dengan garam dan lada hitam.
5. Layurkan ayam diatas kuali hingga kuning keemasan tetapi hanya 3 suku masak.
6. Alihkan kedalam pinggan,sapukan dengan pes rempah.
7. Ketepikan.

Nasi:

1. Panaskan minyak sapi didalam periuk,tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga wangi, masukkan bawang besar, merah, bawang putih dan halia.
2. Goreng hingga kuning keemasan, kemudian masukkan badam dan kismis dan buah tomato.
3. Masukan beras dan kacau rata,kemudian tuangkan air rebusan dan susu.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga nasi menyerap hampir semua air dan mula kering.
6. Renjiskan nasi dengan air mawar dan air koma-koma.
7. Susunkan ayam diatas nasi, kemudian taburkan dengan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.
8. Tutupkan dengan daun pisang, dan kemudian tudung periuk.
9. Masak selama 25 minit lagi.
10. Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama lauk ayam Briyani dan sajian sampingan yang lain.